Murut

Kaum Murut ini kebanyakannya mereka menetap di kawasan pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta wilayah perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak. Suku kaum Murut juga adalah suku kaum ketiga terbesar di Sabah.

Kebanyakan kaum ini membuat penempatan dan menetap di daerah-daerah seperti Tenom, Kemabong, Pensiangan, Tawau (Merotai dan Kalabakan), Tongod (Pinangah dan Inarad) dan Keningau. Pada zaman dahulu kaum ini tinggal di dalam rumah panjang bersama-sama dengan keluarga besar mereka dan hidup secara harmoni. Sejarah untuk mencari rezeki atau perkerjaan pada zaman dahulu kaum ini adalah berkerja sebagai petani berpindah randah, memburu dan menangkap ikan di sungai. Kaum Murut juga menjalankan perkerjaan mereka dengan memungut hasil hutan seperti(damar, rotan dan madu lebah).Pada zaman moden ini, kebanyakan perkerjaan mereka sekarang ada yang bekerja di perkhidmatan dalam sektor awam,berniaga,perubatan,pertahanan dan lain-lain.

Perkataan ‘Murut’ ini adalah lebih merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di kawasan Pedalaman Sabah. Kaum Murut ini kebanyakannya tinggal dan menetap di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan, Beaufort dan Kinabatangan. Kaum Murut ini mempunyai beberapa jenis suku Kaum dan dialek iaitu Murut Tahol atau Tagal, Tidung atau Tirong, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan, Murut Serundung, Murut Agabag atau Ahavah,Tanggara atau Tanggala, Kolor atau Kolod atau Akolod, Murut Nabai, Murut Gana atau Hana dan Murut Lundayeh/ Lun Bawang. Tidak lupa juga Suku kaum Murut ada yang tinggal dan menetap di Negara Brunei, Negeri Sarawak dan sempadan Kalimantan, Indonesia. Kaum Murut ini juga mempunyai bahasanya tersendiri yang berbeza-beza dengan mengikut suku kaum Murut dialek masing-masing seperti Lun Bawang/Lun Dayeh.

Apa yang uniknya , suku kaum Murut ini pada zaman dulu, rumah panjang yang mereka tinggal kebanyakannya kawasan yang berhampiran dengan sungai dan sehinggalah sekarang. Rumah panjang yang mereka diami ini boleh menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Akan tetapi ada juga beberapa kaum Murut yang tinggal dan membina penempatan secara individu di sepanjang sungai. Kreatif dan seni Suku kaum Murut ini, mereka adalah pakar dalam membuat perahu. Kaum murut ini juga telah menurunkan kepakaran mereka ini kepada generasi seterusnya. Selain daripada itu, kaum Murut juga mempunyai kepakaran tradisi mereka iaitu seni bertatu sama seperti kaum Iban di Sarawak akan tetapi tradisi ini telah semakin kurang di lakukan oleh generasi muda suku kaum ini di sebabkan arus kemodenan.

Kaum Murut ini juga menyambut perayaan seperti Hari Raya untuk yang beragama islam, Hari Krismas untuk yang beragama kristian, Tahun Baru, Majlis harijadi, pengembumian dan Pesta Kalimaran dan lain-lain. Pesta Kalimaran ini disambut selepas mereka selesai menuai padi. Kaum Murut pada masa kini, telah mengalami proses kemodenan serta ramai yang telah berkerja dan telah kakitangan kerajaan dan bukan kerajaan. sebahagian population mereka ini juga telah menetap di bandar dan mempunyai perkerjaan masing-masing.Kebanyakannya Kaum Murut ini juga masih lagi mengamalkan adat yang mereka amalkan daripada nenek moyang mereka sebagai adat turun temurun.

No comments:

Life Much More Happy If We Do it with Right