Sultan Terkini Di Negara Malaysia

Berikut adalah senarai Raja dan Sultan di Malaysia yang terkini.

PAHANG DARUL AMAN




Duli yang Maha Mulia


Sultan Pahang Sultan Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah merupakan Sultan Pahang yang ke 6.Baginda menaiki tahta selepas kemangkatan ayahda baginda iaitu Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al - Muaazam Shah merupakan Sultan Pahang yang ke VII. Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah juga adalah Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan 2019.



JOHOR DARUL TAKZIM



Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail ibni Al Marhum Sultan Mahmud Iskandar menaiki selepas kemangkatan Ayahda Baginda Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ibrahim Ismail pada 23 Januari 2010. Baginda dilahirkan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Anak lelaki Sultan Iskandar dan Hajah Kaslom Abdullah. Baginda melantik Tengku Ismail sebagai Tengku Mahkota Johor.




KEDAH DARUL AMAN






Sultan Mahmud Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah merupakan adinda Sultan Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlisahah. Baginda menaiki tahta kejaraan Kedah pada tahun 2017 selepas kemangkatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Baginda merupakan anak kepada Sultan Badlishah dengan Tengku Asma. Baginda melantik anakda baginda sebagai Raja Mudah Kedah.




KELANTAN DARUL NAIM

Sultan Muhammad V (diputerakan pada 6 Oktober 1969) ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15 dan Sultan Kelantan ke-29 yang dimasyhurkan pada 13 September 2010 Masihi bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah. Sebelum ini baginda merupakan Tengku Mahkota Kelantan dan bergelar YTM Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan lsmail Petra, merupakan putera sulung Sultan Kelantan ke-28, Sultan Ismail Petra dan Tengku Anis. Baginda mempunyai 3 orang adinda iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Muhammad Fakhry Petra, dan Tengku Amalin A’ishah Putri.




NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS



Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 11 YAM Tuanku Muhriz ibini Almarhum Tuanku Munawir merupakan anakda YDB NS yang ke - 10 iaitu Almarhum Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Baginda menggantikan Almarhum Almarhum Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abd Rahman yang mangkat pada tahun 2008. Pelantikan beliau mengikut sistem adat Negeri Sembilan.






PERAK DARUL RIDZUAN



Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Al- Magfur -Lah merupakan Sultan Perak yang ke- 32 selepas kemangkatan ayahda baginda Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Al-Magfur - Lah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah. Mengikut sistem beraja negeri Perak Raja Muda dilantik mengikut sistem giliran. Raja Muda Perak iailah Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa manakala Raja dihilir ialah Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris


PERLIS INDERA KAYANGAN




Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Raja dan Yang Dipertuan Negeri Perlis Indera Kayangan setelah kemangkatan Ayahda baginda Tuanku Syed Putra Jamalullail ibni Almarhum Tuanku Syed Hassan Jamalullail. Baginda melantik anakda baginda sebagai Raja Muda Perlis iaitu Tuanku Syed Faizzudin Putra.




SELANGOR DARUL EHSAN


                              


Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merupakan Sultan Selangor yang ke - 9. Baginda menaiki tahta selepas kemangkatan ayahda baginda iaitu Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah pada tahun 2001. Baginda melantik anakda baginda iaitu Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin sebagai Raja Muda Selangor pada 8 Oktober 2016.




TERENGGANU DARUL IMAN




Al - Wathiqu Billah, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shahditabalkan menjadi Sultan Negeri Terengganu pada 15 mei 1998 dan menjadi Sultan Terengganu yang ke - 18. Baginda pernah menjadi Yang Dipertuan Agong ke - 13 pada tahun 2006 - 2011. Beliau melantik anakda baginda Tengku Muhamad Ismail sebagai Yang Dipertuan Muda 
Terengganu .

No comments:

Life Much More Happy If We Do it with Right