Taman Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu,Sabah


Taman Tunku Abdul Rahman adalah salah satu taman negeri di Sabah yang terletak di Gaya Bay dan jarak pergi ke tempat ini daripada Kota Kinabalu ialah 3 kilometer. Nama taman negeri ini diambil daripada nama Perdana Menteri pertama Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman, ia telah diwartakan pada tahun 1974 sebagai taman negara/negeri kedua Sabah. Taman negeri ini mempunyai keluasan kawasan sebanyak 50 kilometer persegi yang terdiri daripada 5 buah pulau, terumbu karang dan kawasan lautnya tersendiri. Objektif utama untuk kawasan taman negeri ini diwujudkan ialah untuk melindungi ekologi, flora, dan ekosistem marin. Jika di lihat dari segi geologi kawasan pulau-pulau itu adalah sebahagian daripada alunan geografi Banjaran Crocker tetapi menjadi terpencil dari massif apabila paras laut meningkat setelah zaman ais terakhir.

Nama pulau-pulau adalah simbol sejarah mereka dan penemu awal. Pulau Gaya ('besar'), Manukan ('ikan'), Mamutik ('untuk koleksi cengkerang'), Sapi (bunyi kerbau memotong), dan Sulug (memperingati keturunan orang Sulu di Sabah). Pada mulanya, Taman negeri hanya merangkumi dua pulau - Gaya dan Sapi. Pada tahun 1979, sempadan Taman negeri diperluaskan sehingga merangkumi tiga pulau lain lagi iaitu Pulau Manukan, Sulug, dan Mamutik.

Pusat pentadbiran untuk Taman Tunku Abdul Rahman berada di pulau Manukan, akan tetapi setiap lima pulau yang lain juga mempunyai pejabat pentadbirannya sendiri.

Gambar-gambar ini di ambil daripada pandangan google maps untuk pulau-pulau yang ada dalam Taman Tunku Abdul Rahman:
Pulau Gaya

Pulau Mamutik

Pulau Manukan

Pulau Sapi

Pulau Sulug

No comments:

Life Much More Happy If We Do it with Right