Eco-Pelancongan Kampung Tiong Simpodon, Sabah Borneo





Kampung Tiong Simpodon terletak di sebelah timur daerah Tuaran/Tampaluri adalah merupakan salah satu penempatan yang kecil berkeluasan 50 ekar dengan penduduknya berjumlah kira-kira 281 orang,sebahagian besar penduduknya terdiri daripada suku kaum Dusun. Kampung Tiong Simpodon berada di kawasan Banjaran Crocker serta ia termasuk dalam lingkungan Zon Ecolinc Kinabalu. Disebabkan kesedaran potensi dan manafaat eko-pelancongan yang perlu dikongsikan bersama-sama untuk seluruh lapisan komuniti di Kampung Tiong Simpodon, maka dengan itu, usaha untuk membangunkan eko-pelancongan berasaskan alam semulajadi bermula pada tahun 2013.

Jika anda datang untuk melawat ke Eco pelancongan di Kampung Tiong Simpodon terdapat keunikannya tersendiri iaitu bunga di antara terbesar sekali di asia tenggara dan dunia iaitu bunga rafflesia.



Bunga Rafflesia atau dalam bahasa melayu Bunga Pakma merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar. Bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Rafflesdan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma ialah bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia


Eco-Pelancongan Kampung Tiong Simpodon juga mempunyai track untuk rafflesia trails mereka sendiri untuk memudahkan pelancong dari luar negara atau pelancongan tempatan untuk melihat sendiri bunga rafflesia yang ada di eco pelancongan ini.

Eco pelancongan Kampung Tiong Simpodon juga mempunyai page facebook
link page : https://www.facebook.com/kgtiongsimpodon/.

1 comment:

valmihilatiolais said...

Wynn's citizen promaster titanium - Titanium Arts
It includes its sugarboo extra long digital titanium styler signature elements, such titanium alloys as 2018 ford fusion energi titanium a custom aluminum head ti89 titanium calculator and head of wood, Wynn is a luxury resort, with a retail 출장마사지 location and amenities.

Life Much More Happy If We Do it with Right